KAJIDAYA
MESIN 1 (MECHANICS OF MACHINE 1)
TOPIK 03
- MESIN ANGKAT (LIFTING MACHINE)
Final Exam Januari 2003
1. Satu
beban berjisim 900 kg dihubungkan dengan seutas tali kepada gelendong mesin
angkat berdiameter 1 m yang mempunyai momen inersia 100 kgm2. Terikat
dihujung tali tersebut ialah jisim pengimbang 450 kg. Tork geseran
di aci gelendong diabaikan. Tentukan :
i. Tork pemacu yang dikehendaki supaya
beban dinaikkan dengan pecutan 3 ms-2.
ii. Halaju linear beban yang dinaikkan jika
kuasa yang dikeluarkan oleh motor gelendong ialah 15 kW.
Final Exam Januari 2004
2. Satu tali
dililit pada gelendong mesin angkat berdiameter 1.2 m dan berjisim 25 kg serta
berjejari kisar 0.19 m. Terikat pada kedua-dua hujung itu ialah dua
jisim 65 kg dan 30 kg masing-masing. Hitungkan ;
i. Tork pemacu yang diperlukan untuk
menaikkan jisim 65 kg dengan pecutan 2.5 ms-2.
ii. Halaju linear ketika beban sedang naik
pada pecutan 2.5 ms-2di mana kuasa yang dikeluarkan oleh gelendong
1.4 kW.
iii. Pecutan sistem apabila gelendong itu
dibiarkan bergerak dengan bebas.
Final Exam Julai 2004
3. Satu
mesin angkat dikehendaki menaikkan satu bongkah berjism 400 kg dengan pecutan
1.4 ms-2. Beban ini disambungkan kepada satu jisim imbang
170 kg oleh satu tali ringan yang tak terpanjang dan dililit pada sebuah
gelendong. Gelendong itu berdiameter 800 mm dan berjisim 50 kg serta
mempunyai jejari kisar 370 mm. Dengan mengabaikan geseran tentukan;
i. Tegangan-tegangan
dalam tali.
ii. Tork
pemacu gelendong.
iii. Kuasa
yang dikeluarkan pada ketika halaju beban 1.3 ms-1.
Final Exam Januari 2005
4. Sebuah
sangkar lombong berjisim 3500 kg dinaikkan dengan pecutan 2 ms-2dengan
menggunakan gelendong mesin angkat berdiameter 1.8 m. gelendong itu
berjisim 900 kg serta berjejari kisar 550 mm dan geseran galas gelendong ialah
2.7 kNm. Hitungkan ;
i. Kuasa
yang diperlukan supaya sangkar tersebut mencapai laju 4 ms-1.
ii. Kuasa
yang diperlukan jika sangkar itu bergerak dengan laju seragam 4 ms-1.
Final Exam Julai 2005
5. Sebuah
mesin angkat digunakan untuk menaikkan satu beban berjisim 5 tan. Beban
ini dinaikkan dengan pecutan 1.5 ms-2. Mesin angkat ini
mempunyai gelendong yang berjisim 2 tan dan berdiameter 1.6 m. Jejari
kisar gelendong mesin angkat ini adalah 850 mm. Semasa mengangkat
naik beban ini, gelendong menghadapi geseran galas sebanyak 1.6 kNm. Hitungkan
;
i. Tegangan
tali mesin angkat ini.
ii. Momen
inersia dan pecutan sudut gelendong mesin angkat.
iii. Daya
kilas gelendong.
iv. Halaju
sudut gelendong dan kuasa apabila beban bergerak 8 saat dari pegun.
Final Exam Januari 2006
6. Sebuah
mesin angkat jenis jisim imbang digunakan untuk mengangkat jisim seberat 1 tan
metrik dengan satu jisim imbang 250 kg. Kedua-dua jisim tersebut
disambung oleh seutas tali ringan yang tak memanjang yang dililit pada sebuah
gelendong seberat 120 kg dan berdiameter 1.54 m serta berjejari kisar 0.45
m. Jika tork geseran di aci pemacu adalah 1.0 kNm dan beban tersebut
perlu dinaikkan dengan 0.85 ms-2, tentukan ;
i. Tork yang
diperlukan.
ii. Halaju
linear jika kuasa yang dikeluarkan pada ketika ini adalah 15 kW.
Final Exam Julai 2006
7. Satu
gelendong mesin angkat berjisim 26 kg berdiameter 2.5 m dan jejari kisar 0.21
m. Satu jisim seberat 80 kg diikat kepada satu hujung tali dan
hujung satu lagi diikat dengan pemberat seberat 30 kg. Kirakan ;
i. Tork pemacu untuk menaikkan jisim 80 kg
dengan pecutan 2.5 ms-2.
ii. Halaju linear ketika beban sedang naik
di mana kuasa yang dikeluarkan oleh gelendong 1.8 kW.
iii. Pecutan sistem apabila gelendong itu
dibenarkan bergerak bebas.
Final Exam Julai 2007
8. Sebuah
mesin angkat mempunyai gelendong berdiameter 850 mm dan berjisim 10 kg. Jisim
18 kg dan 8 kg terikat disetiap hujung tali yang terlilit pada sebuah
gelendong. Jejari kisar gelendong ialah 290 mm. Abaikan
geseran antara tali dengan gelendong tersebut. Kirakan ;
i. Pecutan
sistem dan tegangan-tegangan tali itu apabila gelendong berkenaan dibiarkan
bergerak bebas.
ii. Tork
pemacu gelendong jika jisim 18 kg dikehendaki menaiki dengan pecutan 1.8 ms-2.
Final Exam Januari 2008
9. Sebuah
mesin angkat digunakan untuk menurunkan satu beban. Jisim gelendong
mesin angkat ini adalah 950 kg dan diameter gelendong adalah 0.8 m. Beban
yang berjisim 3.7 tan telah digantung dari gelendong mesin angkat ini. Beban
ini dilepaskan dari pegun dan ia mengambil masa 2 saat apabila ia turun sejarak
4 m. Tork geseran digalas gelendong ialah 3.2 kNm.
i. Lakarkan
rajah mesin angkat bagi pergerakan di atas dan nyatakan persamaan daya bagi
gerakan linear dan gerakan sudut.
ii. Hitungkan
pecutan apabila beban bergerak ke bawah.
iii. Hitungkan
halaju sudut gelendong.
iv. Tegangan
tali apabila beban diturunkan ke bawah.
v. Momen
inersia gelendong mesin angkat.
vi. Jejari
kisar gelendong mesin angkat.
Final Exam Julai 2008
10. Satu tali
dililit pada satu gelendong mesin angkat berjisim 130 kg, berdiameter 1.4 m dan
berjejari kisar 0.8 m. Mesin angkat ini digunakan untuk menaikkan
beban berjisim 900 kg dengan pecutan 1.5 ms-2. Beban itu
disambung kepada jisim imbangan 200 kg. Hitungkan ;
i. Tegangan-tegangan
tali.
ii. Tork
pemacu untuk menaikkan beban. Tork geseran ialah 0.7 kNm.
iii. Halaju linear
beban sekiranya kuasa yang dikeluarkan oleh gelendong ialah 10 kW.
Final Exam Januari 2009
11. Seutas
tali ringan tidak kenyal dililit pada sebuah gelendong mesin angkat berjisim
150 kg. Gelendong berdiameter 1.8 m dan berjejari 0.52 m. Pada
satu hujung tali itu terikat beban 1000 kg dan jisim imbang 300 kg dihujung
satu lagi. Tork geseran di aci gelendong bernilai 1.3 kNm.
i. Hitungkan
tork pemacu yang dikehendaki supaya beban itu boleh dinaikkan dengan pecutan
0.9 ms-2.
ii. Pada
ketika beban sedang naik dengan pecutan 0.9 ms-2, kuasa yang
dikeluarkan oleh gelendong ialah 14 kW. Cari halaju linear beban
ketika itu.












